Untuk gig, affiliate & solo founder

Bayar cukai hari ini. Pegang kunci rumah esok.

Bank tak kenal usaha anda. Borang B kenal. OhCukai susun resit, income dan dokumen cukai anda, supaya anda masuk bank untuk pinjaman rumah, kereta atau modal bisnes dengan fail yang lengkap. Kalau LHDN tanya, rekod pun dah sedia.

Percuma sehingga 100 resit. Tak perlu kad kredit.

Rider & driverAffiliate TikTok & ShopeeFreelancerContent creatorEnterprise SSM

Kenapa ramai tersangkut

Bab jual anda power. Bab cukai, siapa nak ajar?

Income naik turun

Bulan ni RM9k, bulan depan RM2k. Payroll tiada, PCB tiada, jadi tiada siapa potong cukai untuk anda.

Resit bertaburan

Separuh dalam Gmail, separuh dalam dompet, separuh lagi dah hilang. Bila nak tolak belanja, bukti tak cukup.

Borang B datang tiba-tiba

Setiap tahun sama: panik bulan Jun, teka angka, dan berharap LHDN tak tanya.

Cara guna

Tiga perkara. Lima minit sebulan.

Snap atau upload resit

Beli barang kerja? Ambil gambar terus. PDF dan resit e-mel pun boleh. Pilih kategori, siap.

Isi income sekali sebulan

Masukkan jumlah dari setiap sumber: affiliate, Grab, klien, jualan. Tak tetap pun tak apa.

Tengok anggaran cukai

App kira cukai, pelepasan dan skor sedia audit secara automatik. Anda tahu berapa nak simpan.

Apa dalam app

Semua rekod cukai, satu tempat.

Snap resit kertas

Gambar disimpan bersama tarikh, jumlah dan kategori. Resit pudar pun selamat.

Resit dari Gmail AKAN DATANG

Sambung Gmail, app tarik resit Shopee, Lazada, Grab dan lain-lain secara automatik.

Income ikut bulan

Rekod setiap sumber income secara berasingan. Nampak bulan mana kuat, bulan mana slow.

Anggaran cukai langsung

Ikut kadar cukai pemastautin dan pelepasan terkini. Tahu awal, simpan awal.

Skor sedia audit

Markah 0 hingga 100 yang beritahu apa yang kurang: resit tanpa gambar, bulan tanpa income.

Eksport satu fail ZIP

Ringkasan cukai, senarai CSV dan semua bukti. Terus hantar kepada ejen cukai atau LHDN.

Kalau surat LHDN sampai

Anda ada 14 hari. Orang yang bersedia cuma perlu 14 minit.

LHDN boleh minta dokumen bila-bila masa dalam 7 tahun. Masa tu, rekod yang tersusun ialah beza antara jawapan mudah dan penalti.

14hari

Jawab surat minta dokumen atau maklumat.

18hari

Bantah surat penemuan audit.

30hari

Bayar atau rayu notis taksiran (Borang Q).

7tahun

Tempoh wajib simpan resit dan rekod.

Berapa kosnya kalau tak bersedia

Lewat hantar Borang B15% hingga 45%
Lewat bayar baki cukai+10%
Kurang lapor income (ditemui audit)15% hingga 45%
Sengaja atau fraudsehingga 100%
Dedah sendiri sebelum audit15% sahaja

Peratus atas cukai yang terkurang bayar. Panduan umum sahaja; kadar sebenar ikut budi bicara LHDN dan Rangka Kerja Audit Cukai terkini. Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (s103, s112, s113), hasil.gov.my.

Berita baiknya: semua ini boleh dielak dengan rekod yang lengkap. Itu saja kerja OhCukai.

Sokongan audit

Dapat surat audit? Anda tak hadap seorang diri.

Pasukan kami berpengalaman luas dengan proses audit cukai. Kami bantu susun dokumen dan rekod yang diminta, dan hubungkan anda dengan ejen cukai berlesen bila perlukan nasihat atau wakil.

  • Semak surat LHDN dan terangkan maksudnya dalam bahasa mudah
  • Sediakan dokumen terus dari rekod dalam app
  • Rujukan kepada ejen cukai berlesen untuk nasihat dan perwakilan
  • Sulit. Data anda tidak dikongsi tanpa izin

Contoh: surat diterima 2 Dis 2026


Hantar dokumen16 Dis 2026
Bantah penemuan20 Dis 2026
Bayar atau rayu1 Jan 2027

App kira tarikh ini untuk anda dan sediakan pek eksport sebelum anda berjumpa ejen cukai.

SEDIA

Harga

Mula percuma. Naik taraf bila resit makin banyak.

Jimat sehingga 42%

Untuk yang baru mula

Percuma

RM0

Selamanya

Mula percuma
  • Sehingga 100 resit
  • Income tanpa had
  • Anggaran cukai & skor sedia audit
  • Peringatan tarikh LHDN
Paling sesuai

Untuk gig & affiliate aktif

Plus

RM49.90 /tahun

Harga pelancaran, asal RM69.90

Pilih Plus
  • Resit tanpa had (5 GB)
  • Simpanan selamat 7 tahun
  • Semua ciri Percuma
  • Eksport ZIP untuk ejen cukai

Untuk solo founder & enterprise

Pro

RM89.90 /tahun

Harga pelancaran, asal RM129

Pilih Pro
  • Simpanan 20 GB
  • Laporan sedia isi Borang B
  • Pek eksport audit lengkap
  • Semua ciri Plus

Harga awal untuk pengguna terawal dan boleh berubah; perubahan dimaklumkan sebelum pembaharuan. Harga, pembaharuan dan polisi refund dipaparkan sebelum bayar. Kalau pelan tamat, resit anda kekal boleh dilihat dan dimuat turun. Kami tak padam. Terma

Ajak kawan

Circle anda pun pening cukai? Kongsi, dan dapat ganjaran.

Kawan ajak kawan

1 bulan percuma

Untuk setiap kawan yang mula melanggan. Kawan anda pula dapat 30 hari Plus percuma. Sehingga 12 bulan setahun.

Rakan Affiliate

20% hingga 30% tunai

Untuk creator dan affiliate yang diluluskan. Komisen bulanan bagi setiap pelanggan aktif, selama 12 bulan pertama mereka. Tertakluk terma program.

20%1 hingga 10 pelanggan
25%11 hingga 50
30%51 ke atas

Soalan lazim

Yang orang selalu tanya

Saya ada gaji tetap dan side income. Boleh guna?

Boleh. Masukkan gaji dan PCB yang dah dipotong, kemudian tambah income sampingan. App kira baki cukai yang mungkin perlu dibayar.

Perlu daftar SSM dulu?

Tak perlu untuk guna app. Tapi rider, affiliate dan freelancer, ada SSM atau tidak, tetap perlu isytihar income perniagaan dalam Borang B. Sama ada perniagaan anda wajib daftar SSM, semak dengan SSM. App sesuai untuk kedua-duanya.

Adakah OhCukai hantar Borang B untuk saya?

App sediakan angka dan bukti. Anda isi e-Filing sendiri dengan angka itu. Kalau mahu orang failkan untuk anda, kami boleh hubungkan anda dengan ejen cukai berlesen.

Data saya selamat?

Resit dan rekod disimpan dalam storan peribadi yang disulitkan, hanya boleh dibuka oleh akaun anda. Kami tidak menjual data. Anda boleh padam akaun bila-bila masa.

Anggaran cukai tu tepat?

Ia anggaran berdasarkan kadar dan pelepasan semasa, cukup untuk merancang simpanan. Ia bukan nasihat cukai rasmi. Untuk kes rumit, berbincang dengan ejen cukai berlesen.

Ada soalan lain atau perlukan bantuan?

Emel kami di [email protected].

Mula susun cukai hari ini. Lima minit pun cukup.

Snap resit pertama anda sekarang. Bila Borang B tiba, angka dah sedia.

Jom start, free